29 August 2009

Harapanku Impianku

HARAPAN DI BULAN RAMADHAN. .
Alhamdulill
ah. . .sampai ke hari ini Dayang masih dapat menunaikan kewajipan Dayang sebagai seorang Muslim iaitu berpuasa. Solat Sunat Tarawih masih dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang masalah. Moga-moga pada hari-hari yang berikutnya Dayang masih mampu untuk menjalankan kewajipan berpuasa di bulan yang mulia ini.Al-maklumlah. . .(faham-faham je laa;))


Segalanya berbeza
...mengapa ya?? Perasaan yang Dayang rasakan ini memang aneh tapi ianya memberi kesan yang positif pada diri Dayang. Dayang merasakan ketenangan. . .kedamaian. . .yang tak pernah Dayang rasakan sebelum ini. . .hmm . .sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.


PMR??! Oh tidakkk!!
PMR is just around the corner. . .Dayang sedang bersiap-sedia untuk menghadapinya. Dayang ingin melakukan yang terbaik untuk diri Dayang. . .untuk adik-adik. . .untuk mama dan ayah. Dayang tak nak lagi mengecewakan mereka yang benar-benar mengharapkan Dayang agar mendapat 8A. Kalau dulu dalam UPSR Dayang dapat 4A 1B, mama dan ayah kecewa. . .kawan-kawan Dayang dapat 5A. .tapi Dayang takk. .Dayang pun turut kecewa. Dayang menangis kerana tak dapat nak membanggakan mama dan ayah. .tapi. .kali ini Dayang tak nak mengalah! Prestasi Dayang semakin meningkat.
Kalau dulu
Mathematics (kat sekolah menengah...Dayang rasakan sgt ssh!!T-T) Dayang dapat E (tak percaya???betul...), dalam ujian kali ini Dayang dapat A. Kemahiran Hidup Bersepadu (Dayang ambil ERT;)) pun meningkat. . .Sejarah. . .Geografi. . .Bahasa Inggeris. . .Bahasa Malaysia. . .Science dan Pendidikan Islam. Berkat usaha Dayang dan dengan izin Allah, Dayang berjaya meningkatkan prestasi! . . .ALHAMDULILLAH. . .












.::nakBACAlagi?::.

22 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN


Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam.







.::nakBACAlagi?::.

08 August 2009

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

=========================================

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

=========================================

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

.::nakBACAlagi?::.

01 August 2009

Ibadah Bulan Syaaban




Bulan Sya'ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya'ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya'ban .

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan .

============================================

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya'ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu. 3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa.
Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.
Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

============================================

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya'ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya.
Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya'ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain?
Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya'ban Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya'ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi'e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya'ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. Sabda Nabi SAW maksudnya:
Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Free Signature Generator
.::nakBACAlagi?::.

Apakah itu warna hijau?

Apakah itu warna HIJAU?

==============================================

CINTA
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakana warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan2, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Duduknya pusat cinta adalah di Heart Chakra. Iaitu satu chakra yang berelemenkan warna hijau. Kerana itu, cinta digambarkan dengan bentuk atau symbol hati. Ini menbuktikan duduknya di pusat energi cinta. Dan dalam dunia ini, cinta mempunyai tingkat energi positif antara yang paling tinggi. Cinta adalah kunci kemakmuran (abundance & Prosperity). Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.

==============================================

ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok2 dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

==============================================

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura2 hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

==============================================

PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusai.

==============================================

Minda
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerna apa, kerna minda sepatutnya berkembang dan menbanguna n seperti simbol hijau yang lain iatu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitra tuhan.

==============================================

WANG
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau menmentingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

==============================================

ISLAM
Sebenarnya, hijau senonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Saya kurang pasti adakah sebarang sejarah atau latarbelakang Islam dahulu yang mempunyai kaitan dengan warna hijau. Tetapi jika dari metodologinya, saya lihat Islam itu harmoni dan sederhana (centered) serta berkembang. Seperti mananya, chakra hijau adalah ditengah2 antara chakra yang lain, ia memang mengambarkan keseimbangan antara duniawi dan akhirat. Sesuai dengan unsure alam semulajadi ciptaan tuhan, ia nampak nature atau natural. Malah yang paling utama, hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada Allah.

==============================================

ILMU
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.

==============================================

Hijau adalah warna kegemaran Dayang sampai bila-bila ;))

Free Signature Generator
.::nakBACAlagi?::.

HIJAU

Sudah lama Dayang mencari maklumat mengenai warna kegemaran Dayang, iaitu hijau. Berkat usaha Dayang akhirnya terjumpa sesuatu yang benar-benar menarik perhatian Dayang. Sila baca..

=============================================
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau?"

Ena : "Surat warna Hijau itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu berwarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

=============================================

.. ;)

Free Signature Generator



.::nakBACAlagi?::.

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Alhamdulillah..Dayang terjumpa artikel ini di laman web imotivasi. Ia benar-benar membuatkan Dayang lebih cenderung untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik. Mari kita hayati bersama-sama...

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.

Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.

Free Signature Generator

.::nakBACAlagi?::.

Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah

...sekali lagi ingin Dayang kongsi bersama anda semua tips untuk membina sikap pemaaf dengan 3 langkah mudah.

1. Sebelum tidur

Pada waktu anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati anda dan yang membuat anda geram.

Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Relakskan diri..longgarkan semua otot, sendi dan elak dari memikir apa-apa.

Kemudian, tutup mata. Bayangkan anda berjumpa dengan orang-orang yang menyakitkan hati anda tu, ibarat bertemu di sebuah meja bulat.

Dalam bayangan minda, katakan pada mereka yang anda maafkan mereka. Katakan begini dalam hati “aku maafkan kamu, kamu dah tak ada apa-apa salah denganku, sekarang pergi”.

Hadirkan rasa kemaafan dalam diri anda, hadirkan sehadir yang mungkin. Bayangkan wajah-wajah mereka lenyap, semakin lenyap, kabur, semakin kabur lalu terus menghilang. Anda akan rasa tenang selepas itu.

Jangan fikir apa-apa selepas 1 minit, anda boleh tidur terus kemudiannya. Esok pagi, anda akan bangun dengan penuh bersemangat!

2. Di waktu siang
Setiap kali anda sakit hati, geram, menyampah, meluat atau tidak puas hati, maafkan sesiapa sja yang menyakitkan hati anda tu. Maafkan semaaf yang mungkin, kemudian lupakan selupa yang mungkin (jangan cuba nak ingat lagi).

Ia sukar pada peringkat awal, tapi bila dah berkali-kali melatih diri dalam sehari, ia akan menjadi tabiat anda. Lama-kelamaan, membentuk anda jadi insan pemaaf.

Buat dulu baru tau kesannya!

3. Ketika makan atau minum
Makanan dan minuman yang masuk ke perut kita membawa bersama energi dari emosi kita .

Senang cerita, jika ketika anda minum mood anda happy, anda akan jadi hepi sepanjang hari. Kalau time minum atau makan tu anda murung, marah, geram, sakit hati, maka anda akan jadi begitu juga sepanjang hari untuk hari-hari seterusnya.

Jadi, bila anda sedang makan atau sedang minum atau berada di depan makanan, elak berubah menjadi pemarah, melahirkan rasa tak puas hati atau mengumpat keburukan orang.

Sebab, emosi yang terbit dari minda akan akan menghasilkan energi lalu ikut bersama makanan atau minuman anda.

Lebih baik kiranya bila time makan atau minum, anda hadirkan rasa kemaafan, rasa kekitaan dan persahabatan. Hadirkan seboleh yang mungkin, sehadir yang mungkin, selama yang mungkin. Ubah diri menjadi happy.

Anda akan senang memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya. Elak dari mengingat semula kesalahan-kesalahan tu, walaupun sedikit.

Free Signature Generator

.::nakBACAlagi?::.

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan

" Kita sebagai manusia, memang tidak boleh lari dari didatangi pelbagai masalah. Ada-ada saja yang berlaku. Namun semua itu adalah UJIAN dariNYA..."

Dayang dapat artikel di bawah ini dari sebuah blog yang memberi motivasi secara percuma. Ia amat baik dan Dayang ingin kongsi dengan anda semua. Tajuknya ialah Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan. Dayang sengaja memilih artikel ini kerana sekarang Dayang mempunyai masalah dalam persahabatan. Diharap agar sahabat Dayang itu membaca artikel yang bermanfaat ini...

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.

Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.


Free Signature Generator
.::nakBACAlagi?::.

30 July 2009

Rahsia Bulan Kelahiran dan Sikap Anda

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.



Free Signature Generator
.::nakBACAlagi?::.
Blog Widget by LinkWithin