12 July 2009

Renungan

DUHAI GADIS

Duhai gadis! Dengarlah keagungan kalimah Al-Quran. Relalah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. menyusup masuk

ke lubuk hatimu. Keindahannya tersembunyi dalam fikiranmu, dan menambah seri pada wajahmu. Umpama

bunga mawar yang indah mekar, meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai gadis! Dalam usia remajamu bila mata-mata pria memandangmu dengan tajam, naluri wanitamu akan

menyerlah maksud kerlingan mereka. Kawallah dirimu dengan melkabuhkan jilbabmu. Hindarkan bisikan-bisikan

syaitan dari luar atau dari dalam dirimu. Mintalah pertolongan dari Tuhanmu.

Ketahuilah kamu adalh teman seorang lelaki, bukan hambanya atau orang gajinya. Matlamat mu bukan sekadar

memuaskan nafsunya, tetapi menolongnya dalam ketika kegentingan hidup dan menghiburkannya dengan belaian

kasihmu. Berterimakasihlah terhadap apa yang dicari untuk kamu dan buatlah hartanya seperti milik kamu jua.

Wanita yang beriman dan bertaqwa ialah mereka yang memenangi hati suaminyadan penyejuk matanya.

Tangannya mencari pekerjaan di rumah dan tidak menyukai merantau dengan sia-sia di luar jalanraya.

Percakapannya merdu, kata-katanya lemah-lembut, jawapannya segar. Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya

dan rumahnya menjadi teman keselamatan dan kegembiraan.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya ibu. Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan dia perintah dengan

bijaksana. Dia bangun awal pada waktu pagi dan menyahut tugasnya dengan bersungguh-sungguh, kerana

kebajikan keluarga adalah satu kemegahannya. Tadbiran yang sempurna menambahkan pujian suami terhadapnya

dan hati suami akan dipenuhi kepuasan. Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya dan budi

pekerti mereka adalah lahir dari contoh kehidupannya. Setiap patah kata-katanya menjadi arahan yang penting

dan pergerakan bola matanya melahirkan taat dan kasih anak-anaknya.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan gembiralah anak yang memanggilnya ibu.

Duhai gadis! Dengarlah keagungan kalimah Al-Quran. Relalah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. menyusup masuk

ke lubuk hatimu. Keindahannya tersembunyi dalam fikiranmu, dan menambah seri pada wajahmu. Umpama bunga mawar yang indah mekar, meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai gadis! Dalam usia remajamu bila mata-mata pria memandangmu dengan tajam, naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka. Kawallah dirimu dengan melkabuhkan jilbabmu. Hindarkan bisikan-bisikan syaitan dari luar atau dari dalam dirimu. Mintalah pertolongan dari Tuhanmu.

Ketahuilah kamu adalah teman seorang lelaki, bukan hambanya atau orang gajinya. Matlamat mu bukan sekadar memuaskan nafsunya, tetapi menolongnya dalam ketika kegentingan hidup dan menghiburkannya dengan belaian kasihmu. Berterimakasihlah terhadap apa yang dicari untuk kamu dan buatlah hartanya seperti milik kamu jua.

Wanita yang beriman dan bertaqwa ialah mereka yang memenangi hati suaminyadan penyejuk matanya.Tangannya mencari pekerjaan di rumah dan tidak menyukai merantau dengan sia-sia di luar jalanraya.

Percakapannya merdu, kata-katanya lemah-lembut, jawapannya segar. Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi teman keselamatan dan kegembiraan.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya ibu. Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan dia perintah dengan bijaksana. Dia bangun awal pada waktu pagi dan menyahut tugasnya dengan bersungguh-sungguh, kerana kebajikan keluarga adalah satu kemegahannya. Tadbiran yang sempurna menambahkan pujian suami terhadapnya dan hati suami akan dipenuhi kepuasan. Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya dan budi pekerti mereka adalah lahir dari contoh kehidupannya. Setiap patah kata-katanya menjadi arahan yang penting dan pergerakan bola matanya melahirkan taat dan kasih anak-anaknya.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan gembiralah anak yang memanggilnya ibu.

0 teguran:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin