26 July 2009

Warkah Buat Cikgu Fatimah


Assalamualaikum Cikgu.

Apa khabar Cikgu di sana? Syifa harap Cikgu sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Syifa di sini baik-baik sahaja.

Cikgu,

Ucapan terima kasih Syifa lahirkan dari hati kepada Cikgu kerana kesudian Cikgu untuk tampilkan diri membantu. Alhamdulillah..ada juga insan yang semulia dirimu wahai Cikgu. Syifa ingin sekali meluahkan segala yang ada dalam diari hati dan jiwa Syifa kep
ada Cikgu kerana bebanannya terlalu berat sehingga membuatkan diri Syifa jatuh tersungkur. Namun apakan daya, tindakan Syifa terlalu terhad. Ada tembok yang menghalang Syifa untuk berbuat demikian..

Wahai Cikgu,

Syifa ingin sekali merasakan keseronokan bersama orang-orang yang Syifa sayang dan sanjung selain dari keluarga. Syifa ingin sekali berkongsi suka dan duka bersama orang yang Syifa percaya. Syifa ingin sekali difahami..

Hidup Syifa tidaklah bebas seperti burung yang berterbangan. Namun Syifa faham. Keluarga amat menyayangi dan tidak ingin perkara buruk berlaku pada diri Syifa. Jauh di sudut hati, Syifa bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang.

Cikgu..
Mungkin Cikgu tidak mengerti apa yang Syifa coretkan di sini. Namun, sekurang-kurangnya Cikgu mendapat bayangan terhadap apa yang sedang Syifa alami hari demi hari...nasihat Cikgu masih segar di ingatan Syifa..."
My advice to you ... just follow the flow and you might not know, what you are becoming in future ... who knows ... You are going to create of what you are in future ... believe me Just what I've always said in your class last year ... you are going to have your school life once ... not twice ... remember that ... just study and achieve your dream ... then, you can do anything you want..well at the same time ... enjoy and don't feel stress, share with your friends, alright ... I'll be here with you if you want some advices ... goodluck with your PMR 2009 ..."

..kata-kata Cikgu itu memberi kesan yang mendalam terhadap diri Syifa. InsyaALLAH Cikgu, akan Syifa usahakan untuk menjadi yang terbaik.

Yang ikhlas berbicara,
Free Signature Generator




4 teguran:

cintaleaixora said...

tersentuh hati bace warkah nie.. tp btl ape cikgu syifa ckp tue... so study smart ok dear.. u can do it =)

Cikgu Fatimah said...

Ooo, I thought another blog, well ... it's nice ... really proud of my student who is able to write their own blog ... as for me (may be in future ... don't know yet)

Well, thanks for your touching words ... really nice and love them so much ... at least I can make your stress or burdens lighter, right ... You yourself know yourself better and advices from others just to guide you, alright ...

syifa ;)) said...

cikgu...thank you;) that really means a lot to me.

syifa ;)) said...

kak lea...terima kasih kak;)) sbb bagi sokongan..insyaALLAH dgn izinNYA Syifa akn berusaha utk berjaya..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin